Dia nampaknya keletihan. Sambil kepalanya disandarkan disofa, kedua-dua matanya ditutup seperti orang sedang tidur nyenyak. Manakan tidak, sejak semalaman dia tidak dapat tidur kerana mendodoi cucunya yang baru tiga minggu dilahirkan. Entah mengapa dua tiga hari yang lepas ini, cucunya itu asyik menangis tidak berhenti-henti. Kalau menangis waktu dimandikan , dia tidak hairan, mungkin kesejukan. Tapi, dua tiga hari yang lepas termasuk malam semalam, membuatkan dia bertambah runsing dan cuba mencari sebab mengapa jadi begini. Bukan masalah lapar, kerana cucunya itu sentiasa mahu menyusu. Pantang disuapkan puting, bukan main cepat puting itu dinyonyotnya. Kalau menyusu dengan ibunya, pantang lambat, menangislah dia. Tapi apabila dah dapat bukan main nyonyot, tak mahu dilepaskan.
Matanya dibuka semula sambil memandang kearah tingkap bilik tidurnya yang terbuka luas. Terdengar suara isterinya yang sedang mendodoi cucunya yang teresak-esak menangis. Ke hulu kehihilir isterinya mundar mandir mendukung cucunya yang masih lagi menangis. Dia melihat isterinya penuh simpati. Malam tadi mereka berdua bergilir-gilir mendodoi cucu yang menangis.
Kini pada jam empat petang ,waktu yang ada bagi isterinya berihat melelapkan mata barang sejenak, telah digunakan utuk mendodoi cucu yang menangis tiada berhenti.
Bermula selepas Subuh, selepas membersih cucunya yang kencing dan berak dalam nappy, isterinya turun kebawah menyediakan sarapan pagi. Kemudian giliran dia pula menjaga cucunya..
Isterinya cukup menjaga dengan rapi akan anaknya yang dalam pantang itu, seperti dia dulu dijaga oleh neneknya . Bertungku satu kemestian, memanaskan badan dengan kayu arang yang dibakar tidak bolih ditinggalkan. Mesti berbarut dan berurut. Perut jangan dibiar kosong nanti katanya masuk angin. Ini bolih menyebabkan anak yang menyusu akan sakit perut. Oleh itu makan mesti disediakan tepat pada waktunya. Jadi banyaklah kerja-kerja tambahan yang terpaksa dilakukan. Semua yang di lakukan adalah dengan penuh kasih sayang. Agar anaknya cepat sihat dan cucunya sentiasa sihat.Isterinya tidak pernah mengeluh kepenatan.
Dia lantas bangun mendekati isterinya untuk mengambil giliran mendodoi pula. Cucunya dipegang tegak dan meletakkan kepala kebahunya. Seperti biasa, dia membaca Ayat Kursi, yang dia terlalu yakin boleh meredakan tangisan cucunya itu walaupun tangisan masih lagi berterusan. Bacaan ayat Kursi diselang seli dengan lirik rekaannya sendiri, kadang-kadang dia sendiri tidak faham lirik ciptaannya itu. Yang dia hajatkan ialah supaya cucunya berhenti menangis. Itu saja. Tetapi tangisan masih berterusan.
Entah berapa kali dia mundar mandir di dalam biliknya mendodoi cucunya yang masih menangis. Dia cuba mencari sebab mengapa jadi begini. Dia, siang-siang lagi telah menolak punca kelaparan. Sakit perut? Ya, ini mungkin sebabnya. Tapi bagaimana bolih sakit perut? Makanan ibu? Tapi makanan sentiasa di sediakan tepat pada waktunya. Mungkin bahan atau jenis makanan? Yang sejuk? Yang bolih membuatkan perut masuk angin, seperti petola? Tapi tidak pernah dihidangkan. Banyak makanan termasuk buah-buahan telah dikeluarkan dari menu. Papaya jauh sekali. Hari-hari makan ikan tenggiri atau salmon. Itu pun rebus saja. Sayur, hanya sawi hijau. Pernah dia diberitahu anaknya makan yogurt. Dan bermula pada malamnya sehingga ketika ini cucunya mula menangis menggeliat seperti orang sakit perut. Lalu dia beri tahu isterinya supaya menasihatkan anaknya itu supaya jangan lagi mengambil yogurt. Dia tak pasti sama ada perkara ini telah disampaikan atau belum.
Dia terus berfikir sambil mendodoi cucunya ke hulu ke hilir. Maka terbayanglah semasa nenek mertuanya menjaga anaknya dulu tentang menuam perut selepas memandikan anaknya. Perkara ini tidak pernah dibuat olih isterinya selepas memandikan cucunya. "Susah bang. Lambat pakai baju dia menangis. Nak pakai barut dan nak sapu minyak telun pun tak dapat. Menangis. Tak sampai hati tengok dia menangis", siisiteri menyatakan kesedihannya yang menyebabkan tidak dapat menuam perut cucunya dengan daun sireh yang dipanas layurkan.
Dia berfikir lagi bagaimana hendak mengatasi tangisan cucunya ini. "Kita cuba pergi kedai sengseh, tanya kalau-kalau ada ubat", dia mencadangkan kepada isterinya. Isterinya segera bersetuju. Tapi dia mesti membawa isterinya bersama ke kedai sengseh. Itulah kebiasaan yang berlaku kerana dia tidak betah berjalan sendirian untuk membeli barang keperluan. "Nanti anu baliklah", cadang isterinya yang merujuk kepada menantunya. Isterinya tidak akan mahu meninggalkan cucunya bersama dengan emaknya yang masih dalam pantang itu.
Di kedai sengseh, nyonya penjual ubat itu memberi tahu bahawa sakit perut ini memang biasa bagi budak dalam pantang.Katanya banyak angin dalam perut. Tapi 'lama-lama budak sudah besar, dia hilanglah' ,nyonya itu cuba meredakan kerunsingan. "Ini obat awak kasi api , panas sikit. Bila sudah lembek, talok atas pusat" Nyonya itu menghulurkan obat yang bolih membuang angin dalam perut kepada si isteri.
Tiba dirumah perkara yang diajar oleh nyonya kedai sengseh itu dipraktikkan oleh siisteri. Didapati bahawa ubat itu memberi kesan yang positif yang telah mereda cucunya dari menangis. Pada hari itu dan sebelah malamnya cucunya dapatlah tidur dengan nyenyak, dan menangis apabila kelaparan untuk menyusu. Dia, yang membahasakan dirinya tokpa dan isterinya amat gembira sekali sambil mengucap kesyukuran ke hadrat Ilahi.
Tetapi malam tadi, bermula dari waktu senja, cucunya mula meragam semula. Menangis sampai serak suara. Dia terlalu kesian melihat keadaan cucunya itu sehingga mengalir air matanya apabila melihat cucunya menggeliat menahan kesakitan yang tidak dapat difahamkan kepada orang lain. Dia tidak berhenti-henti membaca ayat Kursi, cucunya tetap menangis kesakitan. Sepanjang malam hingga ke Subuh bergilir-gilirlah dia dan isterinya mendodoi cucunya itu.
"Mengapa sayang. Sakit perut ya? Nanti tokpa baca", dia bercakap memujuk cucunya yang sedang menangis seolah-olah anak kecil itu faham apa yang dicakapkannya. Cucunya masih lagi menangis. Ligat lagi otaknya memikirkan, mengapa jadi begini. Dia mempunyi enam orang anak. Melainkan yang tua yang sakit jantung berlubang, yang lain menangis juga tapi tidaklah sampai seperti yang dihadapi sekarang. Dia begitu sedih sekali sambil merenung wajah cucunya yang comel yang sedang teresak-esak itu.
Mendodoi anak untuk meredakan dari tangisan bukan perkara baru baginya. Dulu, anak sulungnya, apabila masuk maghrib sehingga ke waktu subuh sentiasa merengek dan menangis. Hanya dapat tidur sekejap tidak sampai beberapa minit menangis semula. Hal ini berlaku pada tiap-tiap malam, dan dia bergilir-gilir dengan isterinya mendodoi anaknya itu. Nak kata sakit perut, minyak angin telah habis disapu. Dia suami isteri kebingungan. Nenek mertuanya yang berpengalaman pun tidak ada jawapan. Akhirnya pada suatu hari dia dan isterinya ke sebuah klinik swasta. Berita yang menyedihkan hati diberitahu. 'Mungkin jantung berlubang', kata doktor dan mengeluarkan satu laporan untuk dirujuk ke Universiti Hospital. 'Sah', pihak Universiti Hospital akan dapatan klinik swasta itu.
"Tak mungkin", dia memandang cucunya yang fizikalnya tidak nampak tanda-tanda yang meragukan. Dulu anaknya tidak suka minum susu. Kalau minum pun sedikit saja, tak sampai 1oz, sekali suapan. "Tak mungkin", dia mengulang kata-kata yang terlalu yakin. Tapi kenapa jadi begini?
Kali ini fikirannya menerjah lebih jauh lagi ke alam ghaib. Alam makhluk halus, makhluk dunia lain yang tidak kelihatan dik mata. Hantu syaitan. Dia memang mempunyai keyakinan kewujudan makhluk pengacau ini. Sebab perkara ini ada dinyatakan dalam al Quran. Sebab itulah dia tidak pernah gagal membaca ayat Kursi yang dia yakin boleh membantunya. Bukan dalam hal anak menangis saja, malah dalam hal-hal yang lain seperti semasa hendak memulakan panduan kenderaan, ayat ini tidak pernah gagal dibacanya, untuk keselamatan. Walaupun jika diterjemah, maknanya tidak khusus untuk keselamatan atau meredakan anak menangis, tetapi dia yakin dengan ayat itu untuk tujuan yang dihajati. Dia mengesyakki bahawa ada gangguan dari makhluk ini.
Dalam beberapa hari yang lepas, kawan-kawan anaknya, bapa dan emak saudara, yang jauh dan dekat, dan ada yang dari Singapura telah berkunjung kerumah untuk melihat orang baru. Sebahagian besar tiba pada waktu senja memasuki magrib. Maklumlah sebahagian besar dari mereka bekerja dan mempunyai masa lapang selepas kerja. Jadi sampai ke rumah diwaktu senja. Dia menerima tetamu tetapi dengan perasaan penuh kerisauan.
Menurut cerita yang telah diwariskan bahawa waktu senja, adalah waktu ketika mana syaitan berkeliaran dan sentiasa mengganggu manusia terutama anak kecil. Anak kecil, menurut cerita yang diwariskan, sebenarnya nampak hantu syaitan yang suka mengganggu itu, menakutkan anak-anak kecil yang tidak tahu berkata-kata itu.Jadi, diwaktu ini tidak wajar menerima tetamu kerana syaitan akan turut sama.Tetapi tetamu yang datang tujuannya untuk melihat orang baru. Tidak wajar dia tidak membenar cucunya di timang atau di lihat oleh tetamu yang baik hati itu, apatah lagi yang datang dari jauh, Singapura. Tapi kesannya?
Inilah yang menyebabkan cucunya meragam, dia cuba meyakinkan dirinya. Isterinya memang sealiran dengan fikirannya. Cuma anak dan menantunya. Bagaimana nak meyakinkan mereka. Bagimana caranya? Sedangkan cerita mengenai angin dalam perutpun, anaknya tidak percaya sebagai penyebab sakit perut. Inikan pula yang ghaib. Susah!
Beliau masih lagi mundar mandir untuk mereda tangisan cucunya yang masih teresak-esak. Tangisannya makin perlahan, matanya mula kuyu . Akhirnya cucunya melelapkan mata, tidur terlentuk diatas bahunya. Dia meletakkan cucunya di atas katil untuk meneruskan tidurnya. Dia bertanya sendiri , "Betul ke hantu syaitan yang mengganggu atau berpunca dari makanan?" Huuuuuuh, dia melepaskan nafas panjang, sebagai tanda keluhan yang tidak tahu jawapan yang sebenar.
Theflowersellingboy
Isnin, 18 April 2011
Ahad, 17 April 2011
Bertuahnya Badan Sayang Si Kelisa
Hari in Aku ke KL untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sepupuku di Dewan Komuniti Taman Ibukota KL. Bertolak jam 11 pagi. Sampai di Jalan Chan Sow Lin mengarah ke bulatan Kg. Pandan waktu pukul 12.38 tengah hari terdengar bunyi siren dari arah belakang. Aku menjangkakan siren dari kereta ambulan untuk membawa pesakit ke IJN maka semua kereta mencari ruang ketepi dan berhenti untuk meberi jalan kepada "ambulan' yang ku sangkakan itu. Tetapi apabila didapati motor polis trafik meluncur laju mengarah kenderaan ketepi dan berhenti, barulah Aku tahu bahawa itu nukan kereta ambulan memohon ruang untuk lalu.
Aku dan pemandu lain semuanya ketepi dan berhenti seperti yang diarah oleh polis trafik yang bermotor laju itu. Kemudian diikuti oleh beberapa buah kereta lagi termasuk kereta polis meluncur laju. Kemudian sebuah kereta meluncur laju, Aku tidak tahu jenama apa, number pendaftaran pun Aku rasa tak ada. Yang sempat Aku baca huruf TM... Takkan kereta CEO TM? Tapi tak kisah lah.
Yang Aku kisahkan ialah luncurannya sungguh laju. Mungkin ada urusan penting yang perlu dibereskan. Bertuahnya badan.
Aku mula berangan-angan nak jadi macam itu. Duduk tersandar dibelakang, pandang kiri kanan sambil tersenyum melihat pemandu-pemandu lain ketepi dan berhenti, dan ada yang nampaknya macam panik terkial-kial mencari ruang untuk ketepi, tambah-tambah lagi dikerah oleh polis trafik yang meluncur laju mendahuluiku..
Macam mana caranya nak jadi macam tu. Mesti jadi menteri baru boleh dapat khidmat seperti itu. Tapi kena masuk politik dan bertanding. Mesti menang. Parti pun mesti menang. Yang terbaik menang semua atau menang kawasan yang terbanyak. Mesti dipilih untuk jadi menteri. Kalau dipilh barulah Aku dapat tersandar dibelakang tempat duduk kereta. Hisap paip walaupun Aku tak suka. Mesti bergaya. Aku tersenyum macam orang gila. Syok tak tentu hala.
Kereta dibelakang bunyikan hon. Aku tersentak. Oooh Aku berangan-angan, rupanya. Kereta Kelisaku pun meluncur juga tapi lambat juga Aku tiba di Dewan Komuniti Taman Ibukota.
Aku dan pemandu lain semuanya ketepi dan berhenti seperti yang diarah oleh polis trafik yang bermotor laju itu. Kemudian diikuti oleh beberapa buah kereta lagi termasuk kereta polis meluncur laju. Kemudian sebuah kereta meluncur laju, Aku tidak tahu jenama apa, number pendaftaran pun Aku rasa tak ada. Yang sempat Aku baca huruf TM... Takkan kereta CEO TM? Tapi tak kisah lah.
Yang Aku kisahkan ialah luncurannya sungguh laju. Mungkin ada urusan penting yang perlu dibereskan. Bertuahnya badan.
Aku mula berangan-angan nak jadi macam itu. Duduk tersandar dibelakang, pandang kiri kanan sambil tersenyum melihat pemandu-pemandu lain ketepi dan berhenti, dan ada yang nampaknya macam panik terkial-kial mencari ruang untuk ketepi, tambah-tambah lagi dikerah oleh polis trafik yang meluncur laju mendahuluiku..
Macam mana caranya nak jadi macam tu. Mesti jadi menteri baru boleh dapat khidmat seperti itu. Tapi kena masuk politik dan bertanding. Mesti menang. Parti pun mesti menang. Yang terbaik menang semua atau menang kawasan yang terbanyak. Mesti dipilih untuk jadi menteri. Kalau dipilh barulah Aku dapat tersandar dibelakang tempat duduk kereta. Hisap paip walaupun Aku tak suka. Mesti bergaya. Aku tersenyum macam orang gila. Syok tak tentu hala.
Kereta dibelakang bunyikan hon. Aku tersentak. Oooh Aku berangan-angan, rupanya. Kereta Kelisaku pun meluncur juga tapi lambat juga Aku tiba di Dewan Komuniti Taman Ibukota.
Hitch hiking-Batu4 Jalan Cheras ke Johor Baru......5
Aku Berdiri Termenung di Rumah Bapa Rohani di Jalan Larkin Selepas Buat Keputusan Berpatah Balik ke Melaka
Kami sampai di JB lebih kurang pukul 2.30 petang. Sebelum itu abang yang menumpangkan kami itu telah berhenti makan di sebuah restoran di pekan Air Hitam.. Kami telah dapat makan percuma.
Alhamdulillah. Sesampai di JB kami terus ke pejabat Imigresyen untuk menguruskan dokumen perjalanan ke Singapura. Di pejabat yang penuh sesak dengan orang ramai itu, dan dalam keadaan kami yang terhegeh-hegeh seperti rusa masuk kampong (lebih tepat rusa masuk bandar) kami telah didatangi oleh seorang pemuda Melayu , usia dalam lingkungan dua puluhan bertanyakan masalah yang kami hadapi. Setelah menjelaskan niat kami untuk ke Singapura, pemuda tadi bersedia untuk membantu lalu beliau meminta kami tunggu disitu sementara beliau masuk ke dalam pejabat.
Lama juga kami menunggu hampir dua puluh minit maka muncullah pemuda yang 'baik hati' itu membawa kertas nampaknya seperti borang tetapi tidak pula menyerahkan kepada kami berdua untuk diisi. Beliau sendiri akan mengisi borang tersebut agar tidak berlaku kesilapan. 'Baik sungguh', abang ini, bisik hati kecil Aku. Tetapi perasaan sedemikian hanya bertahan sekejap saja apabila beliau meminta wang seorang tiga puluh ringgit sebagai bayaran. Kami tidak pula diberi tahu tujuan bayarn itu. Aku dan Dosmy saling pandang memandang wajah penuh keraguan. "Bayaran untuk apa ni bang?" Tanya Dosmy dengan dahi yang berkerut. Maklumlah, bagi kami setiap sen amat berharga. "Macam-macam. Bayar borang, dan pas nak masuk Singapura". Termenung kami berdua mendengar penjelasan abang itu. "Kau nak pergi ke?" Tanya Dosmy padaku. "Tak tau lah. Tapi duit cukup ke?" Aku bertanya Dosmy tentang duit yang ada.
Dengan memohon izin dari abang itu, kami pergi ke suatu sudut jaraknya dua puluh kaki dari abang itu untuk berbincang. Kami tidak pula berbincang masalah duit cukup atau sebaliknya. Tetapi kami meragui ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa bukan kami yang mengisi borang itu? Siapa sebenarnya abang itu, pegawai Imigresyen atau orang biasa? Akhirnya kami buat keputusan untuk membatalakn niat ke Singapura. lalu mendekati abang itu semula.
"Maaf bang, tak jadilah nak ke Singapura" , Aku menyampaikan keputusan yang baru kami buat. Wajah abang itu seperti biasa saja mungkin telah dapat meneka keputusan yang kami ambil itu. "Kalau masalah duit tak cukup, abang bolih kurangkan. Dua puluh ringgit seorang. Abang bolih pakat dengan orang dalam". Katanya seperti mahu menolong. Dosmy memandang padaku dan mengeleng-gelengkan kepala sebagai isyarat kami tidak bersetuju. "Minta maaf bang", Dosmy mengajak Aku keluar. Abang itu ikut kami keluar sama. Kami agak cemas juga. "Awak bayar dulu lima belas ringgit seorang, selebihnya bayar kemudian", abang itu memegang bahu Dosmy. Dosmy nampak ketakutan. "Sebenarnya bang kami tak ada duit. Sebab tulah kami hitch hike", entah macam mana terfikir Aku untuk mencari jalan keluar. Dosmy masih lagi ketakutan. "Kalau tak duit jangan nak berangan", marah abang itu lalu pergi dari situ setelah menolak bahu Dosmy.
Lega rasanya apabila kami dapat keluar dari masalah itu. Tak dapat ke Singapura juga mengecewakan tetapi keluar dari masalah yang baru kami hadapi ini telah mengurangkan rasa kecewa itu. Masing-masing kami terlalu bersyukur ke hadrat Allah SWT.
Ke Singapura tidak jadi. Kami memikirkan pilhan ke destinasi yang lain pula. Dosmy mencdangkan kami pergi ke Mersing sebelum berpatah balik ke JB dan ke Melaka kerana dengar cerita pantai di Mersing cantik juga. Cadangan itu dipersetujui.
Rancangan ke Mersing ialah pada keesokan harinya kerana kami keletihan dan perlu rihat. Sekarang nak kemana? Maka teringat kami akan kawan sekelas, Rohani Shariff (lelaki) yang tinggal di Larkin. Bapanya bekerja di hospital Tampoi. Kami bercadang untuk menumpang tidur di rumahnya pada malam ini. Maka kami pun berjalan meninggalkan pejabat Imigresyen. Dalam perjalanan si Dosmy masih lagi berangan-angan untuk ke Singapura sambil membuat cadangan yang menggelikan hati dan tak masuk akal. "Kita jumpa Menteri Besar, Osman Saad. Minta dia rokemen", cadang Dosmy sambil ketawa kecil semacam tidak yakin dengan cadangannya itu. "Kau nak mampus. Kat Imigresyen pun terhegeh-hegeh. Ini nak jumpa menteri besar", Aku dan Dosmy ketawa besar. Akhirnya kami dpatlah menumpang sebuah kereta menuju ke Larkin.
Apabila kami di turunkan disatu kawasan perumahan, kami dengan mudah dapat mencari rumah bapa Rohani kerana rupanya orang yang kami tanya di kawasan itu mengenali bapa Rohani. Kebetulan Rohani ada di rumah dan keluarganya menyambut dengan gembira kedatangan kami. Di ruang tamu napa Rohani bertanya kemana destinasi kami esok hari. Setelah kami menyatakan hasrat ke Mersing beliau menyatakan , "Mersing banjir". Aku dan Dosmy saling memandang sambil mengeluh "Allah".
Langgan:
Catatan (Atom)
