Theflowersellingboy

Rabu, 2 Mac 2011

Prinsip Asas Kewangan

Telah banyak orang memperkatakan soal pembangunan. Ada yang melihat pembangunan itu secara menyeluruh yang mencakupi segala aspek kehidupan, ekonomi, politik, sosial, kepercayaan dan sebagainya. Dibawah setiap tajuk itu diperincikan lagi cabang-cabang yang berkaitan.
 
Namun secara amnya  pembangunan itu membawa maksud sesuatu yang dinamik, berubah dan bergerak dan berkembang kearah yang lebih baik, lebih maju berbanding dengan keadaan sebelumnya.
 
Misalnya dari sudut ekonomi orang akan melihat pembangunan dari segi kadar pertumbuhan tahunan, pendapatan per kapita, kuasa beli, tahap hidup rakyat, kos hidup, inflasi , agihan kekayaan dan banyak lagi.
 
Oleh kerana ekonomi akan mudah difahami apabila ianya diukur atau dilihat dari sudut kewangan (in monetary term) maka pemahaman mengenai Prinsip-prinsip Asas Pembangunan Kewangan (The Basic Principles of Development Finance) adalah dirasakan perlu dalam berhadapan dan menguruskan kehidupan harian. Jika ini difahami atau pun diketahui maka akan timbullah dalam jiwa seseorang itu perasaan betapa pentingnya ilmu kewangan dalam mengaturkan kehidupan masing-masing.
 
Pendekatan untuk memahami kewangan itu tidaklah  dibuat dengan memberi definasi kewangan itu sendiri  kerana ianya tidak akan memberi kefahaman sepenuhnya. Untuk itu kita akan melihat kewangan dari tiga sudut iaitu Konsep Asas Kewangan, Proses Asas Kewangan , dan Mekanisma Kewangan.

KONSEP ASAS KEWANGAN
 
Ada tiga perkara yang mencakupi Konsep Asas Kewangan iaitu Risiko (Risk), Pulangan (Return) dan Jaminan (Security).
 
Apakah itu Risiko
 
Konsep Risiko tidak sam dengan konsep ketidaktentuan (uncertainty). Risiko kewangan boleh dianggarkan kebarangkaliannya berdasarkan pengumpulan data-data yang lepas, sebaliknya ketidaktentuan tidak boleh dilakukan sedemikian. Ertinya risiko kewangan boleh diukur (measured), boleh dijangka (perceived), dan boleh disusuntaraf (ranked). Risiko kewangan ini adalah risiko yang boleh dikira (calculated risk).
 
Untuk mengukur risiko ,Tiori Pasaran Modal (Capital Market Theory) atau Tiori Potfolio digunakan.
 
Jenis-jenis Risiko 
 
Kita akan lihat Risiko dari sudut Pembekal/Penawar  Kewangan/Modal (Capital Supplier) dan Penerima Kewangan/ Modal (Capital Receiver).
 
Risiko Perniagaan
 
Samada Risiko ini dilhat dari sudut pandang pembekal (pemberi pinjam atau pemegang ekuiti) atau pun penerima (peniaga, pengusaha) kedua-dua pihak akan menghadapi risiko dalam bentuk kos, volumer jualan, harga, persaingan, mogok, gangguan keatas bekalan, kebakaran, teknologi yang luput dan lain-lain lagi. Risiko-risiko tersebut boleh mempengaruhi untung rugi perniagaan.
 
Risiko Kewangan 
 
Risiko Kewangan ( kewangan secara spesifik dan bukan secara umum) adalah merujuk kepada jenis-jenis aset -aset kewangan yang digunakan dalam struktur modal sesuatu perniagaan. Antara aset itu adalah secured loans, unsecured loans, preference shares dan ekuiti.
 
Risiko-risiko Lain
 
Risiko-risiko kewangan yang lain adalah Risiko Kuasa Beli (Purchasing Power RisK, Risiko Wang atau Risiko Kadar Faedah (Money Risk or Intertest Rate Risk), Risiko Pasaran (Market Risk), Risiko Spesifik (Specific Risk), Risiko Projek (Project Risk), Risiko Negara (Country Risk), dan Risiko Kadar Pertukaran Wang (Exchange Rate Risk),

(Bersambung Untuk Tajuk Pulangan (Return)

Menghadapi Pilihanraya.........Pemilihan Calun 2a

.....Ilmu pengetahuan amat penting. Kebanyakan kita mengukur ilmu pengetahuan dari segi kelulusan akademik.Saya bersetuju dan juga tidak bersetuju........



Perkembangan dan kemajuan dunia yang serba pantas ini menuntut setiap insan untuk menguasai berbagai ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahiran. Seseorang yang berhajat untuk memberi khidmat sumbangan melalui politik terutama mereka yang bercita-cita untuk menjadi calun mewakili rakyat, di Dewan Rakyat (DR) dan (Dewan Undangan Negeri) sewajarnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

Untuk itu mereka yang mempunyai pendidikan secara formal dan juga telah mencapai tahap yang tinggi sudah sewajarnyalah diberi keutamaan berbanding yang berpendidikan rendah. Secara amnya mereka dari golongan ini dapat menggarap sesuatu isu dengan lebih cepat, lantas dapat memberi reaksi yang diharap dan diperlukan dengan segera. Daya tindakan dan usaha mereka tidak juga semata-mata bersifat reaktif malah mereka boleh memulakan (initiate) atau mereka cipta (create)  sesuatu kerana mereka telah dilatih atau diajar secara berstruktur sebegitu lama dalam proses berfikir.

Selain dari pendidikan tinggi, pengalaman juga amat penting dalam memilih seseorang untuk menjadi calun. Ini membawa makna bahawa mereka yang tidak berpendidikan tinggi misalnya hanya berjaya diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia, Diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan boleh juga dipertimbangkan dengan mengambilkira pengalaman mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Namun, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan boleh saja dilakukan secara tidak formal selain secara formal. Dalam kata lain mereka dari golongan ini, disamping pengalaman yang terkumpul,wajar dan mesti meningkatkan ilmu, kepakaran dan kemahiran jika mahu menjadi ahli perundangan yang berkesan dan yang bolih menyumbang kepada rakyat yang diwakili, juga kepada negara.

Sudah menjadi satu kepercayaan dan pegangan di Malaysia ini bahawa ahli perundangan atau wakil rakyat   adalah berperanan untuk membantu dan menolong menyelesaikan masalah rakyat yang diwakilinya. Inlah juga yang diharapkan atau peranan yang mesti dilakukan sebagai ukuran kepada perkhidmatan yang diberi. Oleh kerana itu peranan mereka sebagai ahli yang merangka dan membuat undang-undang tidak diberi perhatian yang serious. Peranan dan tanggungjawab ini semacam tidak penting untuk dinilai. 

Maka tidak hairanlah acara-acara berbentuk menyampaikan sumbangan, hadiah, perasmian majlis-majlis yang diadakan oleh masyarakat setempat seperti berkhatan beramai-ramai, sukan keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, majlis tahlil dan menghadiri pengkebumian dan yang lainnya adalah terlalu amat penting dan perlu mendapat liputan yang terbaik untuk diketahui sekurang-kurangnya rakyat yang diwakili.

TIdak pula dinafikan acara dan majlis yang disebutkan diatas penting dalam mengukur perkhidmatan dan kesediaan seseorang ahli yang dipilih itu dalam memberikan khidmat tetapi meninggalkan atau mengambil ringan peranan sebagai ahli perundangan adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Berdasarkan pengalaman, banyak peristiwa-peristiwa yang kurang manis telah berlaku dalam persidangan kedua-dua dewan yang boleh dikategorikan sebagai memalukan dan membuang masa.

Memalukan dan membuang masa ada kaitan langsung dari segi pembaziran wang rakyat. Masa yang begitu bermakna terbuang dengan begitu saja dan sia-sia hanya kerana ada sebahagian ahli-ahli tidak dapat berhujah dengan baik iaitu tidak menjadikan ilmu pengetahuan sebagai sandaran hujahan; tidak mengamalkan dan mematuhi etika dan peraturan yang telah ditetapkan; tidak juga mengetahui proses dan perjalanan sesuatu sidang.

Dengan demikian seperti yang telah diperkatakan menguasai ilmu pengetahuan adalah terlalu amat penting untuk berfungsi sebagai wakli rakyat atau ahli perundangan. Oleh kerana ilmu pengetahuan itu tersangat luas dan sentiasa berkembang, dan tidak akan mampu dikuasai kesemuanya maka bukan juga maksud saya supaya untuk menjadi calun seseorang itu perlu menguasai kesemuanya.

Tetapi adalah terlalu wajar bagi seseorang itu  mempunyai ilmu pengetahuan dalam hal-hal berkaitan dengan perjalanan dewan iaitu peraturan dan etika; organisasi dan tanggungjawab termasuklah tanggungjawab Speaker atau Yang Di Pertua; Perlembagaan Negeri dan Persekutuan, peringkat-peringkat perbincanagan misalnya peringkat Dasar dan Jawatankuasa; pengertian belanjawan  dan komponenya (budget); maksud soalan lisan dan bertulis; Jawatankuasa-jawatankuasa yang ada termasuk tugas dan tanggungjawab; makna penggal persidangan; KumpulanWang Disatukan (Negeri dan Persekutuan) dan Akaun-akaunnya dan banyak lagi.

Perkara-perkara yang telah disebutkan diatas jika dikuasai akan membantu ahli-ahli yang dipilih untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan dan tidak mewujudkan suatu keadaan yang memalukan.


Sudah tentu masa yang berharga dapat dimenfaat sepenuhnya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Sama -sama kita membantu elakkan pembaziran.

Oleh itu saya ingin mencadangkan, Tuan Speaker, supaya semua ahli-ahli yang dipilih hendaklah menguasai ilmu dan pengetahuan dalam hal yang yang telah saya nyatakan. Satu kursus atau latihan hendaklah diberikan kepada mana-mana ahli yang telah dikesan masih lagi tidak mempunyai pengetahuan bagi perkara-perkara tersebut. Satu undang-undang hendaklah dicadang dan diluluskan bertujuan mensyaratkan mana-mana calun yang hendak bertanding lulus dalam peperiksaan dalam hal-hal tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya dicadang untuk menganjurkannya.

Selasa, 1 Mac 2011

Kayuhan Ke Bukit Hantu.......4

Pertengahan April tahun 1972, hari Ahad jam 8 pagi aku dan kawanku Noh dan Isnin masing-masing dengan beg pakaian   sedang menunggu seorang kawan kepada kawanku Isnin di  tempat letak kereta disebuah stesyen kereta api disebuah bandar di utara Semenanjung. "Woi besarnya beg you datuk. Isi apa tu", usik Isnin apabila melihat aku semacam termengah menarik begku itu menuju tempat letak kereta. Semua kawanku ditempat pengajianku dulu memanggil aku datuk. Bukan datuk anugerah atau datuk bergelar, tidak juga aku mempunyai cucu. Panggilan itu ada kaitan dengan watak dan penampilanku. Aku menyimpan janggut dan misai yang terurus cantik dan kemas semasa belajar dahulu .Kadang-kadang aku menghisap paip. Malah semasa diperingkat menengah lagi, dagu dan bibirku sentiasa subur ditumbuhi dengan bulu-bulu hitam yang halus. Seorang guru yang mengajar subjek Kimia pernah satu hari menegur dan memberi amaran  supaya janggut dan misaiku dicukur. Beliau rupanya guru disiplin.

Sekarang aku tidak berjanggut lagi tapi misai dan kumis tetap terurus kemas. Noh dan Isnin botak saja. Tidak ada rambut yang tumbuh disekeling bibir dan dagu mereka. Ketiga-tiga kami telah mendapat arahan penempatan kerja kali pertama (first posting) disebuah bandar diutara. Aku dan Isnin di Ibupejabat, dibandar berkenaan. Noh pula diarah bertugas disebuah bandar kecil yang berdekatan.

Kawan Isnin telah pun sampai dan kami bersalaman. "Datuk...minta maaf Hamas", aku  tersasul malu sewaktu memperkenalkan diri  "Ishak ", jawabnya ringkas dan sedikit berkerut didahinya. Kami menuju kekereta. Hanya dua beg saja yang boleh dimasukkan kedalam boot kereta peugeot 204.  Beg Noh yang agak kecil terpaksa diribanya . Aku dan Noh duduk dibelakang dan Isnin dihadapan.

"Datuk, you duduk bilik belakang. Noh bolehlah tidur dengan you malam ni", Isnin memberi arahan setelah meninjau bilik yang ada. Ishak disebelahnya tidak berkata apa-apa. Dahinya tidak berkerut lagi. Aku pasti beliau sudah tahu siapa aku . 'Ok , no problem", jawabku, maklumlah aku menumpang ikhsannya, yang mendapatkan persetujuan kawannya untuk menerima aku tinggal bersama. Kalau tidak parahlah  aku hendak mencari rumah ditempat baru.

Pagi-pagi lagi Noh telah dihantar oleh Ishak ketempat kerjanya disebuah bandar kecil sebelah selatan. Beliau mengambil cuti bagi tujuan itu. Baik sungguh si Ishak ini. Manakala aku dan Isnin bekerja dibangunan yang sama tetapi organisasi yang berbeza.

"Selamat pagi Encik. Saya Hamas, melapur diri untuk bekerja disini", sebaik saja aku mendekati meja seorang yang agak berumur , mungkin setahun dua atau paling lama tiga tahun akan bersara. Aku unjukkan surat arahan penempatan. "Selamat pagi", agak lambat beliau menjawab. Beliau menghulurkan tangan untuk bersalam dan ku sambut dengan mesra . Beliau mempersilakan aku duduk.

"Selamat datang Encik Hamas. Bila En. sampai. Tinggal dimana? Saya Cik Wan " Kata orang itu memperkenalkan diri sambil bertanya beberapa soalan sungguh mesra gayanya dan aku seronok melihat reaksinya itu. "Sampai semalam dengan kereta api dari KL. Sekarang menumpang dirumah kawan. Mungkin kami kongsi sewa', jawabku. "Dimana?". Aku terlupa nama Taman Perumahan yang telah diberitahu. Bengap betul. "Tiga puluh sen tambang bas kesini", jawabku sebagai jawapan alternatif.

Aku dibawa menuju kesebuah bilik. Beliau mengetuk pintu, dan membukanya. 'Morning En. Amin. This is En. Hamas our new...", belum sempat habis ayat beliau, pegawai yang dipanggil Amin itu bangun . "Oh Cik Wan, selamat pagi. Sila duduk". Aku pun menarik sebuah kerusi terus duduk.  Cik Wan tidak duduk dan meminta diri untuk kembali ketempat kerjanya. "En Wan, bila bos dah ada, talipon saya". En. Wan mengangguk kepala sambil berkata "ok" dan meninggalkan kami berdua.

Aku bangun semula sebaik saja En Wan menutup pintu bilik. "Minta maaf EN Amin. Ini surat arahan penempatan dari KL", surat tersebut ku hulur dan disambut oleh En. Amin. "Tahniah dan selamat berjuang ". 'Berjuang', macam pasukan tentera saja, bisik hati kecilku sambil tersenyum tanda menyokong setuju.

En.Amin seorang pegawai muda yang telah tiga tahun berkhidmat. Seorang yang tinggi lampai berkulit cerah. Masih bujang. "Disini ada dua orang pegawai saja, tidak termasuk you. Saya dan En. Zubir', aku mendengar dan sesekali menganggukkan kepala tanda terima maklum akan maklumat yang disampaikan. "Saya banyak kerja luar dan En. Zubir  in-charge hal-hal dalaman". Sambungnya. Aku mulai kurang faham ceritanya. Apa benda kerja luar, apa yang didalam. " Bos kita tu old timer, tapi ok". Bos sudah tua ke? Itu yang ku bayangkan menyambut cerita En.Amin 

Bos mempersilakan aku duduk dan En. Amin meminta diri. Pembantu khas yang memaklumkan yang bos hendak berjumpa aku pun turut keluar meninggalkan aku dengan bos. Aku lihat ada sofa dan meja kecil. Tempat bos berihat agaknya.

"You are fresh from U. No working experience", kata mula yang merisaukan dari bos. Beliau bersandar dikerusinya sesekali mengangkat kedua-dua tangan melebihi kepalanya seperti orang menggeliat diwaktu pagi. Kerusinya kadang-kadang dihenggut kekiri, selepas tu kekanan. "Teruk betul bos ni. Ini agaknya dikatakan old timer. Nak kerja mesti ada pengalaman. Tapi kan ke ini penempatan kerjaku yang pertama. Apa pengalaman kerja yang aku ada. Menoreh getah adalah", tersirap darahku dibuatnya.

"You know.....", beliau terhenti untuk menyatakan sesuatu apabila talipon berdering. "Ok, put it through". Aku tidak pasti apa yang dibicarakan. Tapi yang aku dengar ialah sesuatu yang tidak mudah diuruskan, perlu ada kelulusan dan ianya mengambil masa. "I will try my best Dato', to bring up your case", beliau meletakkan talipon sambil membebel, 'menyibuk'.

"I do not know where to put you. Any way in the mean time you assist Cik Amin .He has a lot of things to handle. All wright", sambil beliau berdiri dan aku turut berdiri sama. Walaupun masih 'fresh' aku faham isyarat yang diberi ,meminta aku keluar. "Terima kasih", aku melangkah segera dengan hati yang amat duka.

Suatu hari Amin kawanku  mengajakku mengikutnya melakukan kerja luar pejabat di dua kawasan  yang berdekatan. "Ikut aku keluar .  Bos pun setuju", ajak Amin. Amin tidak memberitahu sesiapa tentang pemergian kami ini. Yang tahu bos saja. Dia tidak mahu kerja terganggu. "Susah kalau ramai yang tahu. Sesia saja. Sebab banyak hantu dan lembu". Ini satu perkara baru bagiku. Hantu dan lembu.

Sebaik saja sampai  disebuah rumah rehat , Amin membelok keretanya kekiri menuju tempat letak kereta. Disebelah kereta Amin iaitu disisiku ialah sebuah kereta berwarna biru berkilat. Kereta BMW. 'Kalau aku dapat bawa, kan ke seronok' , sempat nafsuku  berangan-angan semasa membuka pintu kereta untuk keluar. Kereta mini cooper Amin nampaknya seperti pipit disaingkan dengan enggang. Kasihan si Amin. Tiba-tiba Amin bersuara, "Celaka, ada pula hantu disini. Hantu mana yang dah beri tahu ni", mata beliau terlekat kepada number pendaftaran kereta tersebut. "Hantu apa Min. Kan ke ni kereta BMW. Cantik pula tu", bodoh kehairanan tanyaku. "Kau tengok number tu", sambil menunjuk number pendaftaran kereta dan memintaku masuk kedalam kereta semula. "Kita cari hotel lain", lantas menggerakkan keretanya. Aku kehairanan dan ingin jawapan.  "Di hotel nanti', jawabnya ringkas, suaranya tinggi semacam orang marah.

'"Kau tahu" , Amin memulakan cerita sambil berbaring diatas katil memandangku yang berbaring dikatil bersebelahan. "Kau marah tak bila ada orang melunjurkan kakinya diatas meja kita". Aku tidak terus menjawab sebab aku tidak dapat menggambarkan bagaimana kaki boleh dilunjurkan diatas meja. Bukankah meja itu tinggi. "Satu hari aku nampak sicelaka tu buat macam tu.Dalam bilik bos. Meja minum bos". Amin bercerita lagi." Tapi bukanlah melunjurkan dua kaki.Kaki kirinya memangku kaki kanan sehingga mencecah meja", Amin membetulkan ceritanya apabila melihat wajahku sedikit kehairanan macam tidak percaya.

Apa pula kena mengena dengan kereta BMW yang cantik itu. Siapakah yang dimaksudkan 'sicelaka ' tu, otakku berpusing hendak tahu. Aku diberitahu bahawa kereta BMW itu adalah kepunyaan 'sicelaka' yang dimaksudkan yang dikatakan berkelakuan biadap mengangkat kaki sehingga kaki kanannya mencecah meja minum bos. Kata Amin lagi dia hairan macam mana pemergian kami  dapat dikesan sedangkan dia tidak membuat tempahan awal. "Mesti ada  hantu yang beri tahu" marah si Amin. 'Hantu lagi' bisikku.

Tahun 1985 bulan Januari, aku sudah bertukar tempat kerja. Umur telah meningkat. Kepala pun hampir licin. Tapi belum lagi botak penuh. Yang pasti semuanya telah memutih. Kawanku Amin telah lima tahun meninggal dunia. Banyak ilmu dan pengetahuan yang telah aku belajar darinya termasuk bosku old timer. Macam-macam telah kutemui dan hadapi. Yang pahit, yang maung, yang masin , yang masam dan yang manis serba ada saling lengkap melengkapi. Mematangkan kehidupan.

Dari segi kerja, bukan masalah besar. Boleh beres syaratnya rajin dan kuat berusaha. Sentiasa tanya menanya, kalau ada yang perlu dibereskan. Tapi cabaran paling utama ialah perangai manusia. Nafsu manusia. Boleh jadi gila dibuatnya. Tapi setengah orang boleh jadi kaya.

Ada orang berkulit cerah, rambut berceracak diatas kepala, mata kecil dan semangat tidak pernah surut, tidak kenal putus asa. Gunakan apa saja cara, asaalkan tercapai hajat dihati. Ada orang pula berkulit kurang cerah, rambut lurus, mata seperti biasa tidak kecil tidak juga besar. Orang ini sentiasa membawa bersama macam-macam surat dan dokumen entah diambil dari mana dan bagaimana, siap dengan catatan dan tandatangan. Tapi jangan buat pasal, jangan pandang remeh benda yang dibawa, tercampak dibuatnya kalau disalah urus. Ada orang, hitam gelap, rambut kerinting. Perangai tidak banyak beza dengan orang yang kedua. Jaga-jaga sebab ada orang kata bunuh dia dulu kalau nampak singa.

"Tak boleh Dato'. Syarikat Dato' modalnya dua ringgit. Nak buat projek  besar. Tak boleh". Alasan yang sama aku berikan semasa menolak cadangan Dato' Lim dalam mesyuarat sebentar tadi. " I can not disagree with you tuan. But we can always increase our paid-up .No  problem .I just inform my company secretary". Bersungguh-sungguh nampaknya Dato' Lim. Aku memicit kepalaku. Sudah mula pening. Sudah agak lama juga Dato' Lim dalam bilikku. Beliau menunjukkan gambar-gambar dan 'artist impression' mengenai projek yang dicadangkan. Agak menarik juga. Terpikat juga hatiku melihatnya. Bukan calang-calang syarikat boleh melaksanakan projek sehebat itu. Tapi keputusanku tetap tidak berganjak.

Dato' Lim bangun dan meminta diri dengan meninggalkan kata-kata "I  do hope tuan will consider my appeal. I will be writing to you soon. Thank you tuan for your time", Dato' Lim meninggalkan aku.

Aku ke sofa untuk berehat sambil jari tangan  kananku memicit  dahi. Jam menunjukkan 1.30 petang tapi aku tidak merasa lapar, tidak ada selera.

Entah berapa minit mata ku lena, aku bingkas bangun apabila  terdengar bunyi deringan talipon. "Abang ke tu. Ni ada orang hantar barang..", tidak sempat  isteriku menghabiskan pertkataan seterusnya , aku bersuara tinggi dan jelas "Suruh dia balik. Jangan terima".

Siapa kah orang yang menghantar barang itu. Aku tidak ada memesan sesiapa. Macam mana dia tahu alamat rumahku. Aku baru seminggu di organisasi yang baru. Mungkin kah disini juga ada hantu seperti tempat kerjaku dulu  yang kawanku Amin panggil 'sicelaka'. Oooo rupanya, ah entah lah aku tidak tahu.