Tahniah kepada PMX.
Tahniah juga kepada Presiden UMNO.
Tidak ketinggalan GPS GRS Warisan dan yang lain yang sudi
bersama dalam KP.
Tahniah juga kepada penyokong PHBN yang terus memberi
kepercayaan kepada gabungan ini pada PRN6N yang mampu
mengekalkan penguasaan di ketiga tiga negeri Selangor, Negeri
Sembilan dan Pulau Pinang , yang dicanangkan oleh PN untuk
dikuasai sebagai satu refetrendum rakyat.
Ucapan tahniah ini agak terlambat tapi "better late than never".
Sudah tentu penghargaan dan ucapan kesyukuran layak
dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja
Raja Melayu diatas kebijaksanaan dan keperhatinan Baginda
baginda sekalian dalam resolusi membentuk KP berikutan tiada
mana mana parti atau gabungan parti yang memperolehi majoriti
mudah untuk membentuk kerajaan pada PRU 15 yang lepas. .
Moto "Yang Menang tidak Menang Semua , Yang Kalah tidak Kalah
Semua" adalah rasional kepada keputusan pembentukan KP ini. No
zero-sum game...bukan yang menang sapu semua dan yang kalah
mulut ternganga melopong.
Proses pembentukan juga telah berjalan dengan rapi teratur dan adil
kepada semua parti parti atau gabungan parti yang bertanding.
Setiap pihak yang terlibat di jemput menghadap YDA yang
didahului oleh pimpinan PN, diikuti oleh PH, BN dan yang lain lain.
Pimpinan PN telah menolak cadangan KP itu dengan
menandatangani dokumen mengesahkan tidak bersetuju. PH dan BN
bersetuju. GPS GRS Warisan dan yang lain lain juga turut bersetuju
menjadikan KP menguasai 148 ahli Dewan Rakyat dari jumlah 222.
KP telah dibentuk....move on. Rakyat mahukan perkhidmatan ,
bukan terus berpolitik. Tunggu tamat penggal untuk bersaing lagi.
Usah berterusan mengganggu gugat dengan ancaman KP akan
tumbang mengikut jadual waktu PN yang sentiasa berganjak
walaupun ianya sesuatu yang diluar fikiran logik dan rasional dalam
sebuah negara demokrasi.
Kacau ganggu ini memberi kesan yang negatif kepada usaha usaha
pemulihan dan pengukuhan ekonomi dan mata wang, ancaman
kepada keselamatan dan kesetabilan politik termasuk memecahbelah
kan perpaduan antara rakyat untuk hidup dalam suasana yang harmoni.
PRN6N telah selesai. Tapi masih lagi berpolitik tidak rasional.
Masih dengan agenda untuk tumbangkan KP PHBN walaupun
penguasaan diperingkat Dewan Rakyat tidak berubah.
Oleh itu pimpinan dan penyokong PN berfikirlah
secara RASIONAL dahulukan Rakyat dan Negara.
Apakah PN telah hilang keyakinan akan ketentuan
Allah? Bermuhasabahlah!!!
Mainkan peranan yang aktif dalam semak dan
imbang kerana mana mana kerajaan pun perlu
dipantau agar tidak tersasar atau jauh tersasar dari
memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat
dan negara.
Uruskan negeri negeri yang telah dikuasai dengan
kemenangan yang besar untuk menjadi model
sebuah pemerintahan Islam dan Melayu yang
bermaruah selaras dengan apa yang dicita citakan.
PHBN dan sekutunya dari Sabah dan Sarawak
yang menerajui KP ketika ini, uruskan kekayaan negara dengan tata kelola yang telus tulus, adil
cekap tidak membazir dengan berbagai ketirisan
serta pembaziran dalam berbagai bentuk kerana
rakyat dan negara mahukan sebuah kerajaan yang
AMANAH bukan tukang PEMUSNAH harapan
rakyat dan negara.
INGAT, disamping kamu, ada PN yang sentiasa
memantau setiap langkah dan tindakan kerana
sebarang kelalaian dan kealpaan apatah lagi
penyelewengan dalam memberi khidmat yang
terbaik kepada rakyat dan negara akan menjadi
modal atau aset politik pada penggal yang akan
datang.
Sudah tentu PN akan menjalankan fungsi semak
dan imbang yang berkesan kerana mereka juga
bercita cita untuk menjadi kerajaan..